Para pencarum mempunyai pilihan sama ada ingin membuat sumbangan kepada satu Dana atau dua Dana PRS yang berbeza mengikut toleransi pelabur tersebut.
Sebagai contoh: 40% daripada dana tersebut menyumbang kepada Dana A yang menguruskan Pelan Risiko Tinggi, manakala 60% disumbangkan kepada Dana B yang menguruskan Pelan Risiko Sederhana.
Sekiranya pelabur memilih untuk mengurus dana dengan sendiri, boleh mengikut langkah-langkah berikut
Langkah 1: Pemilihan Pelan PRS

Terdapat 5 dana berlandaskan syariah dan 5 dana konvensional yang ditawarkan.
Langkah 2: Penilaian Prestasi PRS

Pemilihan dana adalah berlandaskan tolenrasi para pencarum itu sendiri.Pertukaran dana boleh dilakukan sekali dalam setahun tanpa sebarang caj. Dana diuruskan oleh penyedia PRS. Bergantung kepada prestasi pelan para pelabur menyumbang, nilai kewangan akaunnya boleh tumbuh atau menyusut selama bertahun-tahun. Selain itu, ia juga boleh membuat keuntungan tambahan jika penyedia mengisytiharkan dividen.
Sekiranya pelabur memilih untuk meninggalkan urusan kepada pakar, perkara ini amat mudah
.jpg)
Dana akan berubah secara automatik sekiranya pelabur beralih kepada peringkat umur yang lain,
Pada peringkat umur bawah umur 40, adalah masa untuk pertumbuhan secara agresif, 70% daripada dana dilaburkan dalam sektor ekuiti yang mampu memperoleh pulangan yang tinggi,namun risiko juga tinggi.
Setelah pelabur beralih kepada peringkat umur 40 - 49 tahun, ia ditukar secara automatik kepada dana pertumbuhan yang sederhana, maka risiko yang dihadapi juga berkurangan.
Setelah pelabur beralih kepada peringkat umur 50 dan ke atas, ia akan beralih kepada dana yang lebih selamat dengan kadar pertumbuhan yang perlahan. Pada ketika ini, para pelabur inginkan simpanan mereka lebih selamat untuk hari persaraan.
No comments:
Post a Comment