Private Retirement Schemes - Cukai


PRS (Private Retirement Schemes / Skim Persaraan Swasta) ialah satu skim pelaburan sukarela jangka panjang yang direka untuk membantu membuat simpanan untuk persaraan. Skim ini saling melengkapi caruman mandatori yang dibuat kepada KWSP (EPF).

Ahli-ahli yang mencarum kepada skim PRS akan mempunyai pilhan untuk memilih daripada pelbagai jenis dana untuk membuat pelaburan, berasaskan keperluan persaraan, matlamat dan keupayaan mereka menghadapi risiko. Individu atau majikan (mencarum bagi pihak pekerja) boleh turut serta sebagai pencarum PRS.



TERKINI: Bermula Januari 2014, pencarum yang berumur 20-30 tahun mendapat insentif tambahan sebanyak RM500 dari kerajaan untuk mendorong melakukan simpanan. Jumlah minimum simpanan adalah RM1000 untuk mendapatkan insentif ini.




Dengan skim PRS ini, pelabur mempunyai kebebasan untuk memilih dana konventional atau berlandaskan syariah.


Para pelabur boleh memilih pendekatan sama ada dana tersebut ingin diuruskan oleh pakar atau ingin menguruskan dana dengan sendiri.



Jika ingin melakukan pengeluaran, hanya sebanyak 30% (Sub Akaun B) dari jumlah simpanan dapat dikeluarkan sekali setahun dengan penalti cukai 8% terhadap jumlah yang dikeluarkan. 70% (Sub Akaun A) dari jumlah simpanan dibekukan sehingga hari persaraan.


Namun permintaan bagi pengeluaran Sub Akaun A boleh dibuat dalam keadaan berikut:

  • 1. Selepas hari ahli mencapai umur persaraan, pengeluaraan boleh dibuat secara sebahagian atau sepenuhnya
  • 2. Selepas kematian ahli, hanya pengeluaran penuh boleh dibuat
  • 3. Ahli meninggalkan Malaysia buat selama-lamanya, hanya pengeluaran penuh boleh dibuat




Terdapat kaedah caruman boleh dilakukan, Anda boleh memulakan caruman serendah RM100 dan mempunyai pilihan jika ingin mencarum secara berkala setiap bulan dengan minimum sumbangan RM50. Anda juga boleh membuat penambahan sumbangan (ad-hoc) bila-bila masa.




Perkara paling mustahak bagi pembayar cukai pendapatan, anda juga akan mendapat pelepasan cukai sebanyak RM3000.00!! Berikut adalah Pengiraan Pelepasan Cukai Individu.
Nota: Maksimum pelepasan cukai untuk PRS bagi setiap tahun berakhir adalah RM3000.00

Penjelasan: 

Seorang individu yang berada di bawah kurungan cukai 19% dan menyumbang jumlah bersih sebanyak RM2,800 akan mendapat pelepasan cukai sebanyak RM2,800 dan menikmati penjimatan cukai sebanyak RM532 (19% x RM2,800). 

Jika individu itu berada di bawah kurungan cukai 24% dan menyumbang jumlah bersih sebanyak RM3,000, individu tersebut mendapat pelepasan cukai maksimum RM3,000 dan menikmati penjimatan cukai sebanyak RM720 (24% x RM3, 000).

Jika individu itu berada di bawah kurungan cukai 26% dan menyumbang jumlah bersih sebanyak RM5,000, individu tersebut mendapat pelepasan cukai maksimum RM3,000 dan menikmati penjimatan cukai sebanyak RM780 (26% x RM3, 000).



Kebaikan Private Retirement Schemes (PRS)

1.Pilih berapa banyak dan berapa kerap anda mahu menyumbang.

2. Dapat memantau dan mengawal pelaburan. Boleh pilih dana yang sesuai dengan risiko-pulangan

3. Mendapat manfaat daripada keupayaan pelaburan pengurus aset serantau yang memenangi anugerah yang telah diiktiraf bagi prestasi pelaburan jangka panjang.

4. Menggalakkan disiplin menabung dan meningkatkan simpanan persaraan

5. Nikmati penjimatan cukai tambahan - sehingga RM3,000 setahun pelepasan cukai peribadi.

6. Menerima kemas kini maklumat terkini dan pendidikan yang diperlukan untuk membuat keputusan yang lebih baik




Berminat atau masih perlukan penerangan lanjut? Saya boleh menerangkan kepada anda lebih lanjut. Anda hanya perlu isi borang


No comments:

Post a Comment