PRS (Private Retirement Schemes / Skim Persaraan Swasta) ialah satu skim pelaburan sukarela jangka panjang yang direka untuk membantu membuat simpanan untuk persaraan. Skim ini saling melengkapi caruman mandatori yang dibuat kepada KWSP (EPF).
Ahli-ahli yang mencarum kepada skim PRS akan mempunyai pilhan untuk memilih daripada pelbagai jenis dana untuk membuat pelaburan, berasaskan keperluan persaraan, matlamat dan keupayaan mereka menghadapi risiko. Individu atau majikan (mencarum bagi pihak pekerja) boleh turut serta sebagai pencarum PRS.
Ahli-ahli yang mencarum kepada skim PRS akan mempunyai pilhan untuk memilih daripada pelbagai jenis dana untuk membuat pelaburan, berasaskan keperluan persaraan, matlamat dan keupayaan mereka menghadapi risiko. Individu atau majikan (mencarum bagi pihak pekerja) boleh turut serta sebagai pencarum PRS.
TERKINI: Bermula Januari 2014, pencarum yang berumur 20-30 tahun mendapat insentif tambahan sebanyak RM500 dari kerajaan untuk mendorong melakukan simpanan. Jumlah minimum simpanan adalah RM1000 untuk mendapatkan insentif ini.

.jpg)


- 1. Selepas hari ahli mencapai umur persaraan, pengeluaraan boleh dibuat secara sebahagian atau sepenuhnya
- 2. Selepas kematian ahli, hanya pengeluaran penuh boleh dibuat
- 3. Ahli meninggalkan Malaysia buat selama-lamanya, hanya pengeluaran penuh boleh dibuat

.jpg)
Nota: Maksimum pelepasan cukai untuk PRS bagi setiap tahun berakhir adalah RM3000.00

1.Pilih berapa banyak dan berapa kerap anda mahu menyumbang.
2. Dapat memantau dan mengawal pelaburan. Boleh pilih dana yang sesuai dengan risiko-pulangan
3. Mendapat manfaat daripada keupayaan pelaburan pengurus aset serantau yang memenangi anugerah yang telah diiktiraf bagi prestasi pelaburan jangka panjang.
4. Menggalakkan disiplin menabung dan meningkatkan simpanan persaraan
5. Nikmati penjimatan cukai tambahan - sehingga RM3,000 setahun pelepasan cukai peribadi.
6. Menerima kemas kini maklumat terkini dan pendidikan yang diperlukan untuk membuat keputusan yang lebih baik

No comments:
Post a Comment